Pages

28 June 2012

Bengang seketika

Tengah syok2 blogwalking, terbaca pla 1 entry lama kat 1 blog yang agak femes ni pasal sorg artis punya cerita lama.. ishk, perlu ke mereka menambahkan aib manusia lain tu lagi.. aku rsa bengang plak.... takkan la sebab dia artis habis semua yang tak puas hati kutuk dia, ni terbuka punya komen, tak semestinya pasal artis tu jea, ramai lagi manusia lain.. bila buat salah sekali jea, memang ready la kena kutuk, pergh!, part tak boleh blah yang komen nak menajatuhkan tu 2 kali 5 juga orangnya, malahan ada yang lebih dahsyat. Instead, korang join sesi kutuk-mengutuk dan 'menganyam ketupat' tu, why don't korang (termasuk aku skli) muhasabah diri. Sedarkan diri balik, mungkin kita pun ada buat salah juga, jgn asyik sibuk nak cari salah orang lain.. perbaiki diri kita sendiri dulu..Teguran untuk diri aku sendiri juga..dan saudara seagama dengan aku.. jangan jadi manusia yang makan daging saudara sendiri..

#menganyam ketupat = menngumpat

25 June 2012

Scary Dream

Mimpi yang sangat mengerikan tapi aku kurang faham, memang kesan dari aku tidur petang la katakan. Mimpi tu start kat jalan turun bukit kolej E UMS smpi DKP baru UMS. Mula2 tu ada sorg mamt ni sllu contact aku, tapi aku tak layan, then ada satu masa tu, aku naik motor ngn sape ntah turun bukit tu, ada pla mamat tu ngn konco2 dia tgh tunggu aku, siap bawa parang lagi macam nak bunuh orang, seriously aku boleh rasa takut ngn mamat tu, So, kitaorang pun lari la gi DKP baru, sembunyi kat sana. Tapi masa kat DKP baru tu ada sorg lagi mamat yang tolong aku, aku tak ingt macam mna ending ny, aku just ingt mamat tu protect aku gila2 dan mamat yg sorg lagi nak bunuh aku gila2.. =.="

Part yang x best ny mimpi tu, mamat yg nak bunuh aku tu someone yg aku pernah suka dan mamat yg tolong aku tu someone yg suka aku.. Tak faham aku.. =.="

#mimpiyangakusendiripuntakfaham

2 June 2012

Destiny

ASSALAMUALAIKUM

Next week final exam, kalau ikut situasi sekarang mesti student tgh gila2 nak study. Untuk aku, aku tak boleh study. Bukan tak mahu study, tapi TAK BOLEH STUDY sebab laptop aku  ROSAK. Sadis gila aku rasa, tapi nak buat macam mana juga kan. So, sekarang aku kena study secara manually. Ikut macam cara aku study kat matrik dulu, print nota kuliah. Harap mood swing aku tak datang la sepanjang minggu exam ni.


DESTINY : Tak payah nak tunggu benda yang dah jelas nyata takkan dapat, Kejar apa yang kamu rasa memang ditakdirkan untuk kamu. Usaha untuk itu dan jangan sia2kan peluang yang ada. Minta bantuan dari rakan2 yang selalu ada untuk kamu. Jangan buang mereka bila kamu dah dapat benda yang kamu nak. Kita tak tahu ketentuan Tuhan. Manalah tahu, benda tu sebenarnya bukan untuk kamu. Apa pun dan bila pun situasi kamu, pastikan kamu ingat siapa yang selalu ada untuk kamu..