Pages

24 February 2015

Berusaha untuk Redha

*Off lampu dan kipas

*Baring dan capai phone

*On data network dan google

*noraziahabdullahvip.blogspot.com



Dulu aku pernah kata aku mungkin akan menyesal dengan keputusan yang aku buat. Persoalannya, adakah aku menyesal? Aku pun tak tahu jawapan nya, yang aku rasa sekarang cuma kosong.

Pernah tak rasa bila kita dah usaha kita serah segalanya pada Dia dan bila kita x dpt apa yang kita usahakan tu kita boleh rasa terima dengan tenang.... ?

Tak semua yang kita mahu kita boleh dapat, dalam rezeki kita ada hak orang lain juga rezeki orang lain,kembalikan pada pemiliknya...

Hal yang tiba2 terlintas d fikiran petang tadi lepas nampak dia "Kalau Allah nak "tunjuk", Dia akan tunjuk juga pada kita. Percaya pada perancangan Dia untuk kita, x kan rugi apa2 pn"

Aku mungkin bukan orang baik2, kadang2 aku rasa mengalah dan aku penat. Tersangat penat dengan apa yang aku rasa, tapi belum sampai tahap untk buang perasaan kemanusiaan aku lagi.

Bagaimana jika suatu hari nanti akan di tanya "Apakah yang telah kau lakukan sepanjang hayat mu? Mana perginya masa 24jam sehari yang di peruntukkan?"

Pembaziran masa banyak sangat, lalai dan leka sangat.. bukan penat, tapi malas untk berusaha.. Sampai bila?

*Playlist

*Tak selamanya selingkuh itu indah

*Apa pun yang aku buat, aku sandarkan kepada Nya

14 February 2015

Short update

Short Update before 8.00am

*New tab

*Youtube

*All or nothing at all

Apa yang orang fikir bila dia tengok orang yang dia sayang?, tiba2 terfikir bila baca status orang pasal V' day. Mesti ramai yang celebrate pasal benda tu, tapi aku tak berminat nak tahu pn, aku just nak tahu apa yang seseorang tu rasa bila dia tengok orang yang dia sayang?

Dulu, pernah rasa macam mana indahnya "bercinta" tu, tapi jodoh tu rahsia Allah. Sama juga mati dan rezeki tu semua rahsia. Berharap cuma buat rasa sakit lagi berganda2 dan bertambah, so aku belajar untuk tak fikir dan libatkan diri dalam 'bidang' tu. Aku belajar untuk tak mengharap dan tarik diri awal2 untuk elak aku lalai dan leka dengan harapan yang aku sendiri tak tahu apa bakal jadi kemudian nanti. Okay, macam menyimpang da dari tujuan asal.. 

Kalau sayang biar itu jadi rahsia kau dengan Allah, doa dan minta dari dia jika ada jodoh mohon di permudahkan. *tetiba rasa nak nangis bila fikir pasal dia dan dengar lagu ni.

8.00 am dan kerja bermula.. kbai

11 February 2015

Resolution

*New Tab

*Youtube

*Blank Space by Taylor Swift

Okay, here we go.......

11.2.2015

Resolution:

Pagi tadi bangun awal dari biasa, fikir2 apa yang perlu d lakukan untuk hari ini. Sambil2 bersiap untk kerja pilih baju untuk d pakai. Antara pilihan baju t-shirt pink, biru, merah, oren dll... Mood hari ni rasa nak pakai t-shirt biru. Okay, set dan terus pakai baju tu..................... dan.........................opppssssss..... macam ada yang tak kena, baju rasa tak selesa dan rasa sangat sempit/ketat. Kenapa ka? apa yang telah terjadi? baju2 lain rasa masi okay dan rasa selesa, tapi kenapa baju itu?

Sambil berfikir ni bukan setakat gaji ada kenaikan, tapi berat badan pn ada kenaikan juga ni. Maklum la, dah masuk tahun 2015 kn, lagi2 sejak kebelakangan ni makan macam anak raja... 

So My resolution?

Kalau siapa yang fikir " BELI  BAJU BARU"?. Nah, kamu salah di situ. Ya, memang aku ada terfikir pasal membeli baju baharu memandangkan baju sempit/ketat itu.

Tapi aku memilih untuk TURUNKAN BERAT BADAN. Ya, itu yang aku pilih berbanding buang baju lama dan beli baju baru.

Kenapa? 

Pernah terbaca d fb pasal this old couple punya relationship, diorang dah kawen untuk tempoh masa yang lama tapi masih bersama hingga usia semakin lanjut. Ayat mereka simple and deep.

"We were born at the time when something is broken, we fixed it and not throw it away"

So, ada faham di situ apa maksud aku?

Memang zaman sekarang semua benda canggih, tapi pernah terfikir pasal sentimental value sesuatu benda tu. Bagi kita mungkin benda tu biasa2 saja, tapi bagi orang itu adalah kenangan dan memori masa lalu.

Tapi bukan la maksud aku baju biru tu ada sentimental value ke atau apa, tapi yang aku maksud kn when something is broken try to fix it and not throw it away la. Da kuar pn Manglish aku akhirnya.

kbai...
Embedded image permalink