Pages

13 March 2015

RaSa

*Rasa yang hilang

*Biru band

*Rezeki

Kadang2 ada batasnya kita nak ikut apa yang orang mahu, jangan jadi sampai diri tu macam tiada pendirian, hari ni macam2 rasa aku dapat.

PAGI
Untuk kesekian kalinya aku rasa bengang dengan orang, pandai2 la buat kerja masing2.

Diorang membuatkan aku rasa lucu, tiada beza jawatan. Masing2 boleh bercerita dengan ayat sendiri.

Errr... tak perlu la nak padankan aku dengan siapa2, bukan tidak minat tapi aku rasa tidak mahu fikir pasal itu

Kesian tak pasal2 kena tanya, bernasib baik sebab dia sendiri mengaku dia adik. Cukup la d tempat kerja, jangan sampai terlibat hal peribadi

TENGAH HARI
Apa yang kau mahu sebenarnya?? Kau masi belum faham kenapa aku buat begitu pada kau.. orang kata "bikin panas saja"

Ada had nya kalau mahu demand something, bukan aku tak mahu buat tapi kau yang tidak mahu terima. Kau fikir aku kaki kipas orang ka?? Cukup2 la dengan perangai kau. Nanti aku bagi benda tu dengan kau supaya kau tak boleh cakap apa2 suda lepas ni.

1 benda kena ingat, rezeki tu Allah yang atur dan Allah yang beri, berserah pada dia.. Cuma pastikan buat yang terbaik.

PETANG
Mana itu gas hilang? Masuk ada 60%, keluar 5%. Sangat pelik, berharapa ada salah valve yang d buka.

Kenapa pH macam ada yang tidak kena, harap semua okay masa engine start esok.

Thanks, walau ayat kau simple tapi buat aku rasa senang hati.

Selepas perhati dia, betapa dunia setiap manusia berbeza....

SEKARANG
Cuba menerima kenyataan, kehidupan memang tak seindah cerita novel dan telenovela. Terpulang pada diri kita sendiri untuk terima macam mana. Tenangkan hati dan terima ini adalah takdir untuk diri sendiri, usaha untuk esok menjadi lebih baik dari hari ini.. 

*Hanya dalam hati, cintaku bersemi dan tak bisa ku ungkap kan

*kini tiada lagi hadir mu di sini, tanpa mu hidup ini terasa tak ber arti