Pages

1 July 2011

Aku juga perempuan

Assalamualaikum

Entry ni ditujukan untuk sesiapa sahaja
Kenapa 'aku juga perempuan'

Untuk perempuan
ini bukan untuk berkasar bahasa,
bukan untuk menghina @ mencaci
bukan juga untuk cari gaduh

ini hanya untuk perempuan tahu
aku tahu apa yang kau rasa
kau kata kau ok dengan masalah yang sedang kau hadapi
tapi aku tahu kau tidak
kau kata kau tidak kisah ini terjadi pada kau
tapi aku tahu kau tidak
kau kata kau tidak merasa sakit hati dan benci
aku tahu kau tipu
kau kata kau boleh bermula semula
aku tahu itu sukar untukmu
kau kata kau sudah tidak merasakan perasaan itu
aku tahu kau sengaja menafikannya
kau kata kita cool, boleh jadi kawan
aku tahu kau sedang memberi harapan palsu
kau bermain dengan kata-kata

tapi
kau  terlupa,
aku juga perempuan
aku tahu bagaimana perasaan yang kau rasai itu
setiap perasaan, gerak laku,dan  ingatanmu padanya
susah payah yang kau hadapi
kesakitan dan kegembiraan
sayang, rindu, cinta, benci, tidak tenang, susah hati
ingin memiliki, ingin dilupakan 
ingin dihargai, ingin di dahulukan,

Aku tahu
perasaan itu kadang-kala perasaan itu menyesakkan
sehingga kau terfikir 
"alangkah baiknya jika kita tidak pernah kenal"

Untuk kau
aku juga perempuan
aku ada perasaan sendiri
ya memang aku tidak tunjukkan
hanya bila aku rasa perlu, 
barulah aku luahkannya
aku mahu dilayan selayaknya
tidak perlu fantasi indah
tidak perlu "penipuan demi kebaikan"
jujurlah seadanya..

Ada yang tidak mampu untuk diluahakan dengan kata-kata
Untuk perempuan dan Untuk kau

(ayat ni untu beberapa pihak dan beberapa sudut pandangan)

p/s : untuk di baca sahaja, (^_^)
p/s :  kalau terasa sendiri mau tahu la..
p/s :   kadang-kadang kita kena utamakan hati kita sendiri sebelum  utamakan hati org lain
p/s :  aku nak pergi bercuti.. harap jadi lah program tu  =.=

peace k
(^_~)

Merepek : Love is like drug!!!

No comments: