ASSALAMUALAIKUM
First, aku rasa sedih bila tengok takwim study aku. Tak sangka, aku dah nak masuk tahun akhir . Start dari sem depan, aku kena start buat thesis and FYP aku. Rasa sedih gila nie, baru je aku rasa best study kat uni, tapi sedar2 dah nak habis da. Macam tak sampai hati je nak tinggalkan zaman study aku. Tengok takwim tu, pendek je. pendaftaran,kuliah, cuti, kuliah then exam. Serious, memang sedih ni. Maybe tahun ni tahun last aku bergelar pelajar, InsyaAllah tahun depan kalau ada rezeki aku da graduate then keja. Mention pasal keja aku jadi excited pla. Bila da keja nanti mesti dapat gaji, boleh la aku shopping selalu. Tapi kalau ikut plan aku, aku nak keja dulu 2 @ 3 tahun je, pastu aku nak sambung stdy balik ambil Master. Tu setakat plan aku je la, tak tahu rezeki and takdir aku macam mana. Juz sekarang ni aku memang rasa sedih bila fikir tak lama lagi aku kena tinggalkan hidup aku kat uni… Huhu..
Second pasal tajuk thesis aku, CLAY CHARACTERIZATION AND TILES FORMULATION.. puff!!, Baca tajuk je aku da gerun. Tapi bila da baca 2 @3 journal pasal tajuk ni, aku rasa senang sikit la. Actually, tajuk ni memang agak susah, aku pun tak tahu kenapa aku boleh pilih tajuk ni. Ibarat kata kawan aku “PALING MANANG” (kalau tak faham tu apa benda, cari orang sabah). Masa hujung sem lepas, kitaorang kena pilih tajuk thesis ni and nak buat FYP, pilih supervisor sekali. Supervisor aku Dr. SEA, suka je aku bagi pendek nama dia. Senior kitaorang kata lecturer ni best, aku harap gitu la, harap dia boleh guide aku masa buat thesis and FYP. Tambah sikit yang akan memudahkan aku nak buat thesis ni nanti, aku ada 2 orang kawan lagi, tapi 2 2 lelaki. Belasah je la kan, yang penting ada juga kawan tempat aku bertanya and berbincang. (yang sorg tu aku pena crush kat dia masa sem 1 dulu).. HEHE.. (pengakuan berani tu)
Third, memandangkan aku ni salah seorang AJK kat hostel mestilah aku ada tanggungjawab and amanah yang aku pegangkan. Ni pun aku kena pandai balance kan juga dengan study aku. Kiranya aku tak boleh lepas salah satu ni sewenang-wenangnya. Tapi aku ada prob sikit la pasal ni, memang complicated sikit la, ni aku kena buat muhasabah diri dulu. Aku tak nak da ada kontroversi pasal aku kat hostel tu. Tak pasal2 aku ‘HOT’ seketika.. huhu.. Biarlah masa aku lepaskan jawatan ni nanti dengan nama yang baik. BTW, Some dari cerita kontroversi tu TAK BETUL la. Ada ke aku kena tuduh p ***g***, sadis kot masa tahu pasal benda ni. Siap ada pla cerita orang ni nak kenakan aku balik. Kureng lorh.. Thankx la pada kawan aku yang bagi tahu aku pasal semua benda ni. Kalau tak memang macam apa ntah ler kat aku ni kan. Tapi tu semua dah lepas, kira dah jadi sejarah da pun. Colouful juga hidup aku dengan pengalaman2 gini. Pengalaman mematangkan pemikiran.
Sebagai penutup, tahun ni memang tahun yang aku banyak pengalaman dan cerita. Dairy aku pun macam lagi tebal dari tahun2 yang sebelum ni., padahal belum pun sampai hujung tahun 2011 ni. Tapi bagi aku tahun 2011 ni aku akan ingat sampai bila-bila.
THANKX untuk semua pengalaman yang aku dah dapat n SORRY untuk semua salah dan silap yang aku dah pernah buat antara sedar atau tidak..
PEACE K~~~
(^_^)Y
p/s : kehidupan yang tak teruji bukan kehidupan yang bermakna buat kita, (socrates, dialogues- apology) (someone)
p/s : Hidup ni indah kalau di pandang dari sudut yang positif.
merepek: I don’t hate you because of what you have done, I just hate myself because I can’t protect my heart from that pain
2 comments:
study kat mna???
kat UMS..
Post a Comment