Pages

13 October 2011

Mereka

ASSALAMUALAIKUM

Ditujukan Khas Untuk Mereka Yang Berkerja Sebagai Pasukan.

Dalam Sebuah Organisasi, Sangat Penting Bagi Ahli-Ahlinya Untuk Kerja Berpasukan Berbanding Berkerja Dalam Kumpulan. Kerja Berpasukan Adalah Salah Satu Cara Kerja Yang Boleh Memudahkan Kelancaran Sesebuah Urusan/ Program Yang Sedang Dijalankan, Ahli-Ahli Organisasi Yang Berkerja Sebagai Kumpulan Pula Lebih Cenderung Untuk Mencetuskan Isu-Isu Dan Percanggahan Pendapat. Mereka Lebih Gemar Untuk Mempertahankan Pendapat Mereka Tanpa Memikirkan Atau Mempertimbangkan Pendapat Pihak Yang Lain. Walaupun Ahli-Ahli Yang Berkerja Berkumpulan Pada Dasarnya Adalah Berada Di Dalam Organisasi Yang Sama. Bagi Menyelesaikan Permasalahan Kerja Sebagai Kumpulan, Ketua Atau Ahli Tertinggi Mestilah Selalu Mengingatkan Ahli Bahawa Meraka Semua Berada Dalam Sebuah Organisasi Yang Sama, Matlamat, Objektif, Misi, Visi Mereka Adalah Sama. Oleh Yang Demikian Itu, Sekiranya Terdapat Cadangan Atau Pendapat Dari Pihak-Pihak Tertentu, Ia Nya Boleh Dibincangakan Bersama Semua Ahli Untuk Mendapatkan Persetujuaan Majoriti.


Kisah Sebuah Kampung, (Kisah Teladan)

Pada Suatu Hari, Raja Negeri ZZZ Telah Berkenan Untuk Turun Dan Melihat Keadaan Kampung-Kampung Yang Terdapat Di Dalam Negeri Baginda. Mendengar Berita Tersebut, Penduduk Kampung Yang Terkenal Dengan Sumber Tenusu Telah Membuat Persiapan Bagi Menyambut Ketibaan Raja Tersebut. Persiapan Yang Dilakukan Sangat Baik, Tetapi Raja Tersebut Berasa Hairan Apabila Tiada Segelas Susu Pun Yang Dihidangkan Pada Ketibaan Baginda Melawat Kampung Walaupun Kampung Tersebut TERKENAL Dengan Sumber Tenusunya..

Moral Of The Story : Penduduk Kampung Mempunyai Buah Fikiran "Oh, Dia Akan Menyediakan Susu Untuk Ketibaan Raja". Meraka Saling Mengharap Agar Orang Lain Akan Menyelesaikan Tugas Itu. Di Pendekkan Cerita, Kalau Anda Melihat Rakan Sepasukan Anda Tidak Melaksanakan Lagi Tugas Yang Sepatutnya Dalam Pasukan Anda, Bantulah Dia Untuk Menyelesaikan Tugas Tersebut. Jangan Asyik Mengharap Dia Akan Menyelesaikan Tugas Itu Untuk Anda. Kerjasama Adalah Salah Satu Tiang Yang Perlu Ada Untuk Memastikan Organisasi Anda Kukuh.

p/s : Kalau Sudah Di Tetapkan Anda Ada Perjumpaan Pada Masa Yang Telah Diberi, Tolong Datang Tepat Pada Masanya, Janganlah Sampai Jadi Orang Yang Memaklumkan Perjumpaan Tersebut Terpaksa Meng'awal'kan Masa Dari Yang Sepatutnya, Kerana Sikap Anda Yang Gemar Memandang Ringan Arahan Dari Pihak Atasan Anda. ~Walaupun, Perjumpaan Itu Dimaklumkan Pada Saat-Saat Akhir
Reason Saya : Mereka Selalu Lambat, Memberi Alasan Yang Tidak Kukuh. Saya Penat Dengan Tindakan Mereka. Kadang-Kala Saya Mendapat Arahan Mesyuarat Pada Saat Akhir, Tetapi Apabila Dimaklukan Pada Yang Lain MEREKA Memberi Alasan Yang Membuat Saya Kecewa. Alasan Yang Diberikan Sememangnya Tidak Kukuh. Saya Juga Ada Tugas Dan Tanggungjawab Lain Yang Sama Seperti Anda, Tetapi "INI" Juga Adalah Tanggungjawab Anda. Bijaklah Dalam Mengurus Dan Membahagikan Masa.


p/s : Lately ni aku selalu rasa tension, tapi THANKS to orang-orang yang selalu ada dengan aku bila aku perlukan mereka.

p/s: Kalau nak berubah perlu ada USAHA, bukan hanya KATA-KATA. Semua itu perlu bermula dari diri sendiri. Langkah pertama sememangnya langkah yang sukar, tetapi langkah yang kedua dan seterusnya akan menjadi lebih mudah jika berjaya memulakan langkah pertama tersebut.
Langkah yang terakhir pasti memberikan hasil yang memuaskan.
DO WORK, DON'T TALK..
(^_^)Y

peace k~~

No comments: