Pages

14 August 2014

Abaikan

Abaikan semua rasa....

Sekarang macam ramai pula orang yang tengah kecewa.. Kenapa kah?? Aku pun tak tahu, tapi aku tahu tak semudah nak kata "MOVE ON".. Yea, memang agak susah pun sebenarnya. Agenda tarik tali, cinta sebelah tangan, crush, love at first sight, cinta monyet, orang ketiga, curang and etc. Sangat banyak sebenarnya boleh jadi sebab kecewa hati dan perasaan dan memang tak boleh d nafikan, mesti seseorag tu tetap akan/ada merasa kecewa walau sekali...

Tapi apa pun jadi hidup tak boleh berhenti hanya sebab crush tu da jumpa pasangan baru, atau sebab tarik tali dan tali terputus d tengah atau pun juga sebab kekasih tu ada orang lain. Sakit? Of course la sakitkan, sampai tahap nak menangis tapi tak mampu, air mata pun dah kering. Tapi hidup tetap tak boleh berhenti melainkan ajal tiba.

Ada lagi perkara lain boleh d fikir selain memikirkan hati yang sakit tu, cuba fikir macam mana nak jadi kn diri kita lebih baik dari sebelum ni. Jangan asyik nak mengeluh dan mengalah, perkataan "KALAU" tu tak akan ubah apa2. Tu akan menjadikan diri kita kufur dengan nikmat yang ALLAH S.W.T bagi, minta di jauhkan benda2 gitu.

Aku bukan orang baik malah bukan orang alim, aku cuma orang biasa yang punya kelemahan, punya masa lepas yang tak mampu di ubah. Masih mencuba bertahan dengan mereka, bertahan dari air mata. Menjadi pelakon yang melakonkn watak dengan sebaik nya, mengikut rentak dan skrip yang di beri.Menjadi boneka pada hati dan minda sendiri. Membuta kn mata untuk melihat dia, memekakkan telinga dari mendengar dia, membisukan mulut dari melafaz yang terpendam dan menafikan rasa yang ada di hati untuk dia, Siapa dia???
Hanya senyum sahaja jawapan nya.

Riang nya dia ketawa, tapi siapa tahu dia menangis dalam tidurnya.....

Sekian

Nukilan
~z~


No comments: