Pages

20 November 2014

Babbling, Mumbling and Blogging

"Sign in"

"Insert Mood"

On Music: Rasa Yang Hilang by Biru Band

At last.. Sampai pun, Macam la jauh sangat perjalanan

Jauh ke?

Bagi aku rasa macam kira jauh juga, Alhamdulillah. 

Tujuan?

Saja~~~ suka-suka

Kenapa?

Macam-macam da jadi, aku rasa nak babbling.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hanya dalam hati cinta ku bersemi,
Kini tiada lagi hadir mu di sini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dulu masa study, ada kawan2 untuk tempat aku lupakan semua yang aku tak mahu fikir atau tak mahu ingat.

Sekarang dah keja, kawan2 semua jauh. Masi berhubung seperti dahulu. Tapi hakikatnya masih jauh.

Sekarang kalau ada apa-apa, aku settle sendiri, memang masih susah nak tutup apa yang ada kat muka. Tapi aku masih cuba tutup.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanpa mu hidup ini rasa tak bererti
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa kerja, aku suka stay dalam situasi aku sendiri. Memang jarang fikir pasal hal peribadi dan kadang-kadang aku rasa rimas.

Aku rasa rimas dengan persekitaran aku yang aku rasa boleh buat aku rasa serabut.

Kalau namanya tengah kerja, jangan campur dengan hal peribadi, masa kerja banyak hal aku perlu settle. Bukan aku ada banyak masa asyik nak fikir semua hal

Btw, aku suka keja aku sekarang. As Chemist, tapi kadang-kadang aku rasa nak nangis juga masa kerja. Manja nya aku.

Masa mula-mula masuk kerja, aku selalu takut dengan bos sebab kalau ada masalah takut tak dapat settle, tapi sekarang aku lebih kepada rasa bersalah. Sebab bos aku selalu cover kalau ada masalah, yang penting kena bagi tau dia awal. Dia cuba tolong bagi cadangan dan penyelesaian mana yang patut.

Offer lain aku tak mahu fikir sekarang sebab aku ada plan untuk jangka masa panjang.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kau pernah tanya tak apa yang aku mahu, apa yang aku rasa, apa yang aku fikir, apa yang aku plan dan apa yang aku dah tetapkan.

Kau hanya fikir pasal kau....

Sekian
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menunggu.....

Macam-macam boleh jadi, tak payah fikir masa lama. Fikir setakat berhari-hari pun dah kira lama sebenarnya.

Bila orang lebih tua bercakap ada betulnya, tapi kadang-kadang kita yang buta. Buat2 tak mahu tahu dan tak mahu faham konon nya...

Aku bengang?

Ya aku memang bengang,ni bukan macam zaman sekolah punya hubungan. Semua pun mahu d rancang. Terlalu indah...

Kadang-kadang aku rasa ragu-ragu... Itu sebab nya aku cuba untuk Go Steady...

Bukan seperti kanak-kanak yang baru mendapat permainan baru.

Aku ambil masa untuk berfikir.. Betul ke apa yang aku buat?

Aku pilih untuk berhubungan secara terbuka, ada jodoh tak kemana juga...

Kita masi boleh memilih, tiada apa-apa ikatan yang sah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ikatan Sah?

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Aku bukan nya ustazah pn kalau nak cakap pasal benda ni, tapi ni memang hakikat.

Perempuan atau lelaki kena tegas, pandai jaga batas. Fikiran orang tak semua sama, kita fikir hakikat tapi orang lain fikir fantasi dan khayalan

Sampai bila?

Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah itu maha hebat.

Tak semua yang kita rancang kita akan dapat, kita kena redha. Jangan terlalu berharap...

Fikir untuk jangka masa panjang.,,

Perancangan kalau libatkan orang lain, kena tanya orang tu juga...

Ayat tu buat aku fikir semula keputusan aku... betul ka?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AKU ADA WALI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Agama pun dah jelaskan apa yang boleh dan apa yang tak boleh.........

Couple tu jauh sekali berbeza dengan hubungan suami isteri, malahan bertunang pun tidak sama.

Suami-Isteri ada iktan, ada akad dan nikah yang membenarkan dan menghalalkan

Jangan di ikutkan sangat rasa sayang.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Getting Fit vs Getting Slim
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku diet bukan sebab nak kurus, tapi untuk pastikan aku sihat. Makanan yang ada sekarang lebih memburukkan kesihatan banding untuk tingkatkan tahap kesihatan.

Aku makan bila aku rasa badan aku perlu makan, aku tahu bila masa nya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Akhir Kata
~There is nothing either good or bad, but thinking makes it so~
William Shakespeare
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau aku dah mula luah tu makna nya aku dah tak sanggup pendam






No comments: