Pages

2 April 2015

Tewas


Untuk kesekian kalinya tiada rasa untuk di rasa, atau bahasa ibunda ku gelar sebagai "feelingless'. Bermula dari hari isnin, selasa dan rabu baca 1 journal boleh sampai abstract sahaja. #Sadis. Pagi ni bangun dan bersiap seperti biasa dengan perasaan yang sama.

Tanpa hujan atau ribut, tiba ada makhluk yang pelik muncul dan berkata,

Makhluk: Macam mana H2S boleh naik?
Aku: Tidak tahu, pH buffer tank masi 1 petang kemarin
Makhluk: Jadi mana boleh naik? HANTU??

Cuba teka apa perasaan aku masa tu?
Aku tak rasa apa2 pun. Aku balik ofis, duduk diam2 sekejap then aku rasa nak nangis sebab sakit hati gila. Sangat2 sakit hati sampai aku rasa nak pegi jumpa balik makhluk tu dan hambur kemarahan aku pada dia.

*Kisah Sebenar
Engineer with the geng di sertai oleh makhluk tu buat kerja d engine room, tiba2 hujan turun dengan lebatnya. H2S pula tiba2 naik mendadak.

Lepas da rasa sangat sakit hati aku pergi plant seperti biasa, tapi baru sampai aku nampak cip ngn alex terus rasa air mata tak tahan nak turun. Punya lah, dari pagi lagi aku tahan air mata tu, akhirnya turun juga d depan orang lain.

Manjanya aku, kena marah sikit pun mau nangis. MANJA?? Hell yeah, masa tu juga aku wassap engineer dan operator2 yang berkaitan.

"Lain kali kalau H2S naik tolong inform, tak best rasa kalau kena marah tapi tak tahu hujung pangkal nya"

"Buffer tank dan bioscrubber tiada masalah, tiada kacau apa2 pn. Open flare malam baru start"

"Miss, mungkin sbb filter yang d kacau jadi H2S tu tinggi"

Great, masi tiada jawapan yang boleh d terima akal.

No comments: