Pages

18 September 2011

Kata-Kata

ASSALAMUALAIKUM


Tengok tajuk macam tak lengkap, tapi entry ni just nak share pendapat aku. Kata-kata ni memang lah di keluarkan kalau kita bercakap kan, kalau kita bercakap mesti ada kata-kata yang terluah. Yang aku nak komen sikit ni pasal ayat.. KATA-KATA TU IBARAT PEDANG, kalau salah cakap boleh menghiris perasaan orang lain. So, kalau kita nak cakap something kita kalau boleh fikir la dulu baik-buruknya pasal apa yang kita nak cakap tu. Jangan sampai ada orang lain yang terluka atau terasa hati. Kalau nak tegur kesalahan orang bagi aku, bincang secara private adalah yang terbaik. Bukan dengan cara memalukan dia di depan orang lain. PERCAYA la, sekali korg buat gitu kat org lain, orang tu memang tak kan dapat lupakan pasal tu. Lagipun melalui kata-kata pelbagai tanggapan dan konklusi dapat di simpulkan. Penjelasan dan jawapan yang dicari-cari akan dapat dileraikan melalui kata-kata. MASALAH TIDAK AKAN DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BERDIAM DIRI...(jap, kenapa aku rsa ni macam bukan aku je yang taip..=.=")

Next, ni pasal.. THANKX @ TERIMA KASIH.. ni antara perkataan yang ada kuasa tau.. Kalau kita minta bantuan kat sesiapa, cuba ucapkan perkataan ni.. Pasti orang tu akan merasakan yang kerja yang dilakukan olehnya di hargai. Terima kasih @ Thankx ni perlu selalu diucapkan sekiranya bekerja dalam kumpulan untuk mengelakkan  perasaan2 yang tidak sepatutnya. Erm, explaination untuk perkataan ni korg try fikir sendiri dan amalkan. Korang akan tahu apa effect dia..

Perkataan yang seterusnya adalah, TAHNIAH @ CONGRATZ.. Bestkan kalau ada orang ucapkan tahniah kat kita, nak ucap tahniah ni tak semestnya nak tunggu orang tu dapat hadiah tempat pertama, bila2 perlu pun boleh. Cth nya bila org tu dapat selesaikan tugas dia dengan segala usaha yang termampu dan lain2 la.. tak rajin nak expalain (takut ayat jadi merepek)..

LAST WORD yang aku pilih sebagai perkataan yang ada kuasa adalah MAAF@ SORRY.. Perkataan ni dapat mengubah banyak perkara tau. MUSUH PUN BOLEH MENJADI KAWAN,.. Kita ni manusia biasa, tak kan sedar bila kita ada buat salah dan silap. melainkan ada orang yang sudi tegur, tapi dari apa yang aku tgk sekarang.. Berbanding MENEGUR ramai lagi yang MENGKRITIK...(menyimpang jap). .. Memandang kita ni kadang tak sedar yang kita ada buat salah, Rajin2 la minta maaf kat orang. takutnya ada orang yang terasa dan menyimpan dendam kat kita.. Susah la kan kalau ada orang tak nak maafkan kita. Tambah lagi, untuk setiap hati yang rasa terluka atau tersa hati. MAAF dapat mebantu mengurangkan rasa tu.. PESANAN AKU : MAAFKAN SEMUA ORANG SEBELUM TIDUR, MUHASABAH DIRI.. INSYAALAH ESOK AKAN BERMULA DENGAN LEBIH BAIK DARI SEMALAM.. TANPA DENDAM DAN RASA YANG TIDAK SEPATUTNYA.. (^_^)Y..


LAST.. kata-kata yang menbina dapat membantu seseorang tu bangkit dari jatuh yang dalam. Mengembalikan dirinya dan semangatnya ke tempat asal. Memulihkan hatinya yang terluka.. Kata-kata motivasi untuk menjadi salah satu faktor pendorong untuk maju ke hadapan..

Sekali lagi, kenapa aku rasa ni macam bukan aku yang taip?? =.="


p/s : aku nak minta maaf kat sesiapa yang pernah terasa hati kat aku.. SORRY untuk semua salah dan silap yang pernah aku buat

p/s : THANKX yaw, bagi kata-kata semangat masa aku tengah down.. 

merepek : Remember God would never take something away from you without the intention of replacing it with something much better

Pain makes people change, but it also makes them stronger

No comments: