Pages

25 September 2011

Terluah

Akhirnya aku luahkan juga benda tu, dah  lama pendam macam apa je.. baik aku luah je.. Kira dah lerai sikit la.. tapi still.. wanna cry..T.T

First, pasal kawan.. aku masih tak psti siapa  yang aku  oleh anggap sebgai kawan sebenarnya.. aku tahu ada di antara mereka yang hanya baik di hadapan. Bergurau senda dan bergelak ketawa bersama, tetapi di belakang memakan daging saudara sendiri. Hanya mengambil kesempatan. Ada diantaranya yang memang jujur dan ikhlas, tetapi berkawan untuk kepentingan diri sendiri memang tersangat la aku tak suka. Actually, aku tak kisah pun tolong orang,. tapi jangan la sampai tahap mengambil kesempatan.. ko buat sekali dua aku boleh diam jew... tapi kalau dah banyak kali aku pun boleh bising gak. And, pasal yang makan daging saudara sendiri ni.. nak kawan tu kawan je la.. berkawan la dengan ikhlas.. kalau tak suka tak payah kawan, jangan pura-pura baik.. Aku tak kisah pun kalau ko nak blah, ko x effect hidup aku pun..


Kembali kepada cerita luah tadi.. Ada satu benda ni yang aku dah lama pendam, aku langgar privacy someone.. tapi benda tu buat aku rasa curious.. so, aku tanya la direct kat orangnya.. seperti biasa, jawapan yang susah untuk aku loading kn.. maybe sebab aku dah buat mind set kot pasal tu.. And, aku dah bagi tahu apa yang aku nak bagi tahu.. Aku tak tahu apa yang akan jadi untuk yang seterusnya.. mungkin semuanya akn berjalan seperti tiada apa yang pernah berlaku.. juz move on la kata orang kan.. BTW, pasal yang part akhir yang aku cakap kat orang tu.. I REALLY MEAN IT.. aku dah penat dan bosan yea untuk menerima cerita2 yang kurang menyenangkan lagi.. Memang lah aku bukan manusia dan perempuan yang sempurna, tapi orang itu juga tidak la sepatutnya juga untk sesuka hati untuk meremehkan matuah aku.. AKU SANGAT TIDAK SUKA!!!

Ok, cukup pasal itu.. sekarang mood aku dah berubah sikit sbb baru habis stalk FB orang dan baca post n tgk Pic.. huhu.. CUTE ny budak ni.. suka pla aku tgk muka dia.. hehe.. CUTE SANGAT!!!..

LAST,
kepada yang berkenaan, aku memang senang berkawan dan percaya dengan orang.. tapi bila ada yang mengambil kesempatan dan tikam aku dari belakang.. anggap je yang kita tak pernah kenal.. Kalau ko tak salah tak perlu rasa takut la.. Aku memang tak de feeling nak gaduh pun.. Aku just maybe tak kan layan ko dah seperti dulu.

Kepada orang yang privacy nya aku ceroboh tanpa sengaja tu..m sorry la.. gara2 tu persepsi aku untuk ko dah berubah sikit.. aku tak sangka ko ada bahagian lain yang terpendam.. memang ko cakap benda tu juz main2 je.. tapi itu dari aku je nak terima macam mana.. cara ko dan aku tafsir benda tu agak berbeza.. SORRY SANGAT AKU GANGGU PRIVACY KO n HARAP KO BOLEH TUNAIKAN APA YANG AKU MINTA TU..

p/s : harap biarla ni entry yang terakhir pasal benda2 ni..
p/s : aku tak tahu kenapa, tapi pandangan aku untuk lelaki agak sedikit berubah sekarang.. ada kah kerana apa yang telah dilakukan oleh kebanyakkan mereka?  =.="

merepek : If it's meant to be, it'll eventually happen. But if it's not meant to be, no matter what you do, it just won't happen.

BTW, INI ADALAH BLOG AKU.. SO, TERPULANG PADA AKU UNTUK TULIS APA PUN.. APA YANG AKU TULIS ADALAH DARI DIRI AKU SENDIRI DAN DARI APA YANG BERLAKU DI SEKELILING AKU. SESIAPA YANG RASA AKU AGAK KASAR UNTUK MELUAHKAN APA YANG AKU RASA.. PANDAI2 LA YEA..

PEACE

No comments: