Pages

20 June 2011

Luahan

Assalamualaikum, 
sempena hari bapa ni
aku rasa terpanggil untuk berfikir semula
apa yang aku dah buat untuk balas jasa baik ayah aku
x lupa juga umi aku..

Rasanya aku tak buat apa-apa pun lagi
Tahun ni, merupakan tahun first aku ucap selamat hari bapa kat ayah aku
kalau ucap selamat hari ibu tu selalu la kat umi aku

Anak-anak jarang cukup rapat dengan ayah mereka
setuju x?
kalau dengan mak x hairan la
aku dengan umi aku pun rapat
siap boleh cerita masalah hati dan perasaan lagi kat mak aku
memang xde rahsia la

tapi dengan ayah
kurang rapat sikit
bukan sebab takut,
tapi segan kot.. hehe
ye la, memang la aku anak manja ayah aku
selain adik lelaki aku yg 2 org ni, aku pun manja juga.
x nak kalah ni
kalau dulu masa kecik2, selalu kena peluk kalau aku mood x bagus
sekarang pla kalau aku merajuk, mesti ayah aku yang pujuk
especially kalau gaduh ngn adk perempuan aku atau ngn mak aku
hehe

Tiba-tiba aku rasa nak ulang masa kanak-kanak aku
hehe
rindu sangat masa tu,
masa tu semua masih ada kat rumah
sekarang, kalau aku tgh cuti mesti ada je adik aku yg xde
huhu..

Sedih la plak..
jadi emo pla tiba2 bila ingat pengorbanan ayah n mak aku
ayah aku selalu cakap xda tempat belajar yang terletak disebelah rumah
(maksudnya ; kalau nak berjaya kena lah sanggup untuk merantau,
 kena belajar berjauhan dengan ahli keluarga)
huhu.. 
Thankx umi and ayah
sayang umi dan ayah

p/s : sayangi la ibu dan bapa anda, berbaktilah pada mereka selagi anda masih berpeluang. jangan sesekali lukakan hati mereka. ingatlah ada yang diluar sana sudah tidak mempunyai ibu dan bapa.. T_T.. 

And 

p/s : untuk lelaki yang diluar sana pula, kalau anda seorang yang bergelar bapa, sayangilah anak-anak anda, dan juga isteri anda. bantulah isteri anda untuk mendidik anak-anak, agar anak-anak anda menjadi orang yang berguna di masa hadapan kelak dan menjadi orang yang soleh dan solehah.

peace k~ (^_^)

pesanan untuk diri sendiri juga..(@_@)

2 comments:

Anonymous said...

hehe. aku kalau jd bapa nak rapat dengan anak perempuan. HAHA

Anonymous said...

haha.. napa la nk rapat ngn anak perempuan?? ok jga tu kalau nak rapat, bleh bgi panduan kat anak supaya x salah pilih llki.. hehe